Among Us
Among Us

Among Us

Among Us (digayakan sebagai Among Us! di App Store iOS[5]) dan dinamakan sebagai Space Mafia dalam URL Google Play.[6][7] ialah permainan video multipemain penekaan sosial dalam talian, yang dibangunkan dan diterbitkan oleh studio permainan Amerika Syarikat[2] InnerSloth dan dilancarkan pada 15 Jun 2018. Permainan ini berlangsung dalam suasana bertemakan ruang di mana pemain masing-masing mengambil salah satu daripada dua peranan, kebanyakannya adalah Crewmates (Rakan Krew), dan sebilangan yang telah ditentukan adalah Impostors (Penyamar). Tujuan untuk Crewmates adalah untuk mengenal pasti si Impostors, menghapuskannya, dan menyelesaikan tugas di sekitar peta, dan tujuan Impostors adalah untuk membunuh Crewmates tanpa membiarkan diri mereka dikesan.Walaupun pada awalnya dilancarkan pada 2018 dengan tidak mendapat perhatian utama, ia mendapat perhatian yang lebih luas pada 2020 kerana ramai penstriman dari Twitch dan YouTube yang terkenal memainkannya. Sebagai tindak balas terhadap populariti permainan berkenaan, sekuelnya Among Us 2 diumumkan pada 2020.

Rujukan

WikiPedia: Among Us http://www.innersloth.com/About.php https://www.thenational.ae/arts-culture/among-us-w... https://www.kotaku.com.au/2020/09/among-us-improba... https://apps.apple.com/us/app/among-us/id135116840... https://www.gamasutra.com/blogs/SimonCarless/20200... https://gamerant.com/among-us-2-trailer/ https://gamerant.com/among-us-concurrent-player-mi... https://www.gamespot.com/articles/among-us-ps4-xbo... https://play.google.com/store/apps/details?id=com.... https://www.hitc.com/en-gb/2020/09/08/is-among-us-...